Pages

Saturday 27 April 2013


Selamat datang semua, dah lama x pos berita2 pasal cetak silkscreen.Pada kali ni saya pos video tentang penyediaan bagaimana nak mula mencetak baju.Ada sediakan link di bawah.Boleh tengok2 ya....



Saturday 13 April 2013

Kalendar

Cetakan Silkscreen

Cetakan jenis ini lebih tahan kualiti rekaan berbanding yang sebelumnya. Selain itu, harga juga lebih murah berbanding cetakan jenis lain. Nanti saya akan perturunkan teknik asas untuk mengira harga baju menggunakan teknik silk screen ini. Formula ni hanya kami yang gunakan.Orang lain pun ada buat jugak. Tapi harga lain la.

Silk screen akan menggunakan block sebagai acuan untuk setiap cetakan. Jadi bagi mereka yang ingin menempah dalam kuantiti yang banyak digalakkan untuk membuat cetakan jenis ini. Semakin banyak kuantiti baju ditempah, harga akan semakin murah.

Tapi awas!! Jika kuantiti di bawah kiraan 5, maka harga baju akan menjadi mahal. Ini kerana harga caj block pemidang yang membuatkan harga sebegitu. Untuk setiap cetakan yang mengunakan satu warna, maka satu block pemidang sahaja yang akan digunakan. Tapi kalau melebihi satu warna, maka akan ada pertambahan block.

Kebiasaannya caj untuk sebuah pemidang block diambil sekitar RM40 bagi satu-satu block yang bersaiz A4. Tapi untuk tempahan dengan saya, anda hanya perlu membayar kepada saya untuk caj block sebanyak RM30 sahaja. Tetapi kalau saiz berkurangan, maka harga akan berkurang. Bergantung kepada bilangan tempahan dan tolak ansur.
Untuk block size A3 caj dikenakan sebanyak RM50 setiap cetakan.

Setelah beberapa kali melakukan ujian dan eksperimen, akhirnya saya berani untuk membuka tempahan kepada orang ramai. Tetapi tempahan ini juga haruslah melihat bentuk design yang anda inginkan. Saya tidak menjanjikan untuk design yang melebihi 3 warna atau design yang terlalu rumit.Belum mampu lagi setakat ni. Sebelum menerima tempahan, saya akan melihat rekaan/ design terlebih dahulu.

Formula pengiraan untuk anda yang ingin menempah baju jenis silk screen ialah : 

Caj Block RM30 bahagi bilangan baju + RM2.50 untuk satu warna.

Contoh pengiraan untuk 10 helai baju dengan cetakan satu warna.

RM30 ÷ 10 + RM2.50 = RM 5.50

Jadi caj untuk setiap cetakan bagi sehelai baju yang tidak termasuk harga baju ialah RM5.50 sahaja.

Jadi bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan, boleh diajukan kepada kami di talian 019-4131950 atau melalui e-mail Mfr.5109@yahoo.com Sebarang pertanyaan sebelum tempahan juga digalakkan.

Antara hasil cetakan.

An
Cetakan Silkscreen

Cetakan Silkscreen


Cetakan Silkscreen

Cetakan Silkscreen